Kucing Selamatkan Bayi 3 Bulan Yang Terbiar Dalam Kesejukan




Ini begitu luar biasa! Seekor kucing bernama Masha menyelamatkan nyawa seorang bayi yang ditinggalkan tepi jalan yang sejuk bersalji di Obninsk, Rusia, dan kini ia dianggap sebagai wira.

Masha, seekor kucing yang berbulu panjang yang dijaga oleh penduduk tempatan telah menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan di jalan pada 15 Januari, dengan menjaga dia daripada mati kesejukan.

Jika tidak kerana Masha datang untuk menyelamatkan, bayi itu tidak akan bertahan dengan kesejukan itu selepas dia dengan kejam dibuang ke dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di jalan. Bayi itu dilaporkan memakai topi dan mempunyai makanan bayi di dalam kotak bersamanya, menurut New York Post.

Beberapa jam kemudian, Masha terjumpa bayi itu, dan masuk ke kotak dengannya untuk menghangatkan badan. Masha pun mengeow untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

"Dia sangat mesra, jadi apabila saya mendengar dia mengeow, saya fikir dia tercedera," kata Irina Lavrova, seorang penduduk bandar Obninsk berkata.

"Biasanya dia akan datang dan berkata hello kepada saya. Anda boleh bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila saya melihat dia berbaring di dalam kotak di sebelah bayi. Jelas naluri keibuaannya untuk melindungi kanak-kanak itu. "

Apabila bayi itu ditemui, dia dikejarkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan, dan telah dilaporkan sihat, terima kasih kepada Masha, yang melindunginya daripada kesejukan cuaca.

2 ulasan

Tula... Haiwan pon sygkn anak... Baik kucing ni kan... Comel plak tu...

Reply

Catat Ulasan