Gempar! Kegiatan Pelancong Wanita Bawa Lelaki Tempatan Tidur Di Bilik Pulau Tioman Terbongkar

Gempar! Kegiatan Pelancong Wanita Bawa Lelaki Tempatan Tidur Di Bilik Pulau Tioman Terbongkar


“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas
ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka
yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar
atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah
restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu
sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai
pengunjung tiba,” katanya.Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju
berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran
itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti
saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata
kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab
atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau ‘backpacker’.“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang,
mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakan-
nya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak
kata orang situasi menang-menang,” katanya.Sementara itu, orang lama yang pernah
bertugassebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata
amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana
pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman,
iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu
tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika
musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil
terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung
selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas
cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong
asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di
sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik
dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di
Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik
tidur.“Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak
saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza
dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk
mengelakkesulitan di masa depan,” katanya.

Catat Ulasan