Pasti ramai menyangka yang DYMM Sultan Johor sekarang Sultan Ibrahim merupakan anakanda kepada YAM Tunku Puan Zanariah.Tetapi tidak Bonda Sultan Johor merupakan seorang wanita Minah Salleh.
Setelah berpuluh tahun berlalu.
Dilahirkan sebagai Josephine Ruby Trevorrow atau Josephine Trevorrow pada 2 Disember 1935 di Cornwall ,England.
Beliau merupakan seorang rakyat Britain,Etnik Torquay.Ayah beliau adalah Encik Reginald Terverrow,seorang pengeluar tekstil di Cornwall.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar.
Beliau akhirnya memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada 5 Januari 1956.
Istiadat perkahwinan beliau diadakan di Istana Bukit Stulang Johor Bahru.Beliau menukar namanya kepada Khalsom Binti Abdullah.
Jodoh pasangan ini tidak panjang.Setelah 6 tahun berkahwinan mereka bercerai pada 9 Jun 1962 di Johor Bahru.
Enche Besar Khalsom melahirkan seorang putera dan 3 orang puteri untuk Sultan Iskandar.
Satu-satunya putera beliau iaitu DYMM Sultan Ibrahim menaiki takhta Johor setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada tahun 2010.
Puteri-puteri beliau pula terdiri daripada YAM Tengku Puan Panglima Diraja Selangor,Tunku Kamariah Aminah,YAM Tunku Besar Zabedah dan juga KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim ke 52,Enche Besar Khalsom telah dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1).
Kini beliau yang telah berusia 78 tahun
Sumber http://kopisatu1.blogspot.my/2015/12/kenali-wanita-inggeris-pertama-jadi.html#
Catat Ulasan