Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka…!@#
Din Beramboi
Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Faizal Yusof
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.
Yanie Mentor
ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Al Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
Catat Ulasan