(VIDEO) Rakaman Pasangan Hilang "DI TELAN" Jalan Jadi Viral

(VIDEO) Rakaman Pasangan Hilang "DI TELAN" Jalan Jadi Viral



Rakaman CCTV ini menunjukkan seorang lelaki dan wanita terjatuh ke dalam lubang benam sedalam tiga meter di laluan pejalan kaki, sejurus turun dari sebuah bas di Seoul...

SEOUL, 25 Februari: Tahap keselamatan awam di Korea Selatan semakin membimbangkan, susulan kemunculan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan satu pasangan muda dalam lubang benam di Seoul...

Rakaman itu yang menjadi viral di rangkaian media sosial menunjukkan satu pasangan muda baru turun dari sebuah bas di Seoul, sebelum mereka terjatuh ke dalam lubang benam, ketika sedang berjalan di laluan pejalan kaki yang tiba-tiba runtuh, dengan disaksikan orang ramai yang turut terkejut dengan insiden itu...

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah tapak pembinaan pangsapuri, pada Jumaat lalu...

Anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan lelaki dan wanita itu yang terjatuh dalam lubang benam sedalam tiga meter...

Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan parah dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital...

Susulan itu, Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Selasa mengarahkan pemeriksaan dijalankan di tapak-tapak pembinaan dan kawasan sekitarnya, bagi memastikan tiada risiko atau bahaya seperti lubang benam yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam..

Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye pernah berjanji akan memperbaiki tahap keselamatan di negara itu, susulan tragedi feri Sewol karam pada April tahun lalu yang meragut lebih 300 nyawa...

Pada Oktober lalu, seramai 16 terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah, apabila sebuah jeriji pengudaraan runtuh, ketika mangsa menyaksikan sebuah konsert pop di bandar Seongnam, selatan Seoul.

Catat Ulasan